October 2008


Semalam I maraton movies dari pukul 2 tengah hari sampai pukul 2 pagi. Mostly cerita lama but I macam agak jakun lah kan sebab selama nie my astro kat living hall tuh takde HBO dan adik-beradik beliau. So Saturday I dengan penuh tension menelefon si Astro untuk kasik tambah itu movie package. I know many of you dah kerut dahi, konon asyik repeat lah kan. But trust me, untuk orang yang takde masa nak ngadap tv macam I nie, it’s a blessing to have Astro yang merepeat ok!!

Dan semalam tuh jugak lah aku decide, aku akan benti kerja. Akan ku kasik notis end of bulan 11. So that my last day should be end of Jan 09.

Why the sudden change of heart you ask? Ini semua pasal citer Meet Joe Black.

Sedang duduk atas sofa tuh dalam keadaan gelap lah I asked myself…what if death came and saw me and told me, I have only a day to live. Surely I’ll say fuck with work and live my last day like my last day because it was my last day kan? 

I mean I would buy a ticket to Tokyo or Milan or Rome that very instant. Fly off, do it all. Because when death has paid you a visit giving you heads up, you’ll count every minute that passes.

Which brings me back to my good old friend Syawal. Dah arwah dah pon Syawal nie. We were in the same class in Standard 4 and tak sangka the last I heard of her…she passed away in a car crash.

What if she knew that day was her last day? Would she still have woken up at 6.30am to get ready to head to work? I bet if she knew it was her last day, she would never have slept the nite away and would have been crashing some bar. No offense to anyone but knowing my girl Syawal, I’m sure she wants to be remembered as the life of the party.

So tuan-tuan dan puan-puan, berdasarkan kepada itulah…I have decided to resign.

This life that I have just once to live …it’s not worth wasting it away like this. I ask myself everyday…’hari nie nak accomplish apa? Semalam apa you dah accomplish? Besok, macam mana plak?’.

The reason being so is coz I rasa rugi sangat hari-hari nie berlalu with no effort put into it…no meaning to it. Semalam 27th October 2008. What did you do? Was it something you will remember when you’re at the edge of a cliff? Nevermind if you don’t remember it…but will some else do?

What would you do if you know tomorrow is going to be your last day and after that, death says hello?

Semalam, pagi lah kan aku dok pot pet pot pet ngan Nas, tanya bila nak balik lah. Then he kata ujung bulan nie. Aku dah buat muka dah…sambil mengeluarkan ayat bernas ‘camner nak buat baby, asyik balik cenggini’. Hahahahaha hambik ngko!! Actually itu ayat kover, hakikat nan realitinya ialah aku gatal. Ya tuan-tuan dan puan-puan, aku ngaku aku gatal. So? Tak boleh ke? Dengan laki aku pon, bukannya laki ko hahahahaha.

That conversation was around 9++am lah. Pastuh dalam kol 12 cenggitu, guard intercom aku. ‘Puan, suami puan ada kat pintu pagar nie. Katanya nak ajak puan gie lunch’.

Aik?? Nas sampai sini dah? Wahhhhhhhhhh menjadik lah rupanya kemerajukkan aku. Yippieeeeeeeeeeee!! Yabadabadoooooooooooooo!!

Aku pon seperti perempuan serani+rojak terakhir lah kan, jalan slow motion gitu ke gate. Tetiba hati aku dah dup dap dup dap. Nampak dari jauh, bukan laki aku. Hish sejak bila lah laki aku pendek cenggini. Oh tidak boleh jadik nie kan. Ke rabun aku tahap impak maksima sampai takleh estimate ketinggian laki aku kan??

Semakin aku menghampiri, memang sah bukan laki aku. Wah apehal plak laki aku nie kan. Kot ye pon aku nak buat anak, takkan sampai hantar wakil kot? Pergh sukan olimpik pon takde wakil-wakil tau nie kan nak buat anak plak. Terkesima aku.

Skalik dah dekat, cehh!! mamat hotel hari tuh rupanya. Cenggini…hari tuh bos ngan aku gie lah merayap satu Putrajaya/Cyberjaya nie nak carik hotel untuk staff event kan. So mamat nie kira sales exec satu hotel nie tapi kitowang cam tak berkenan lah ngan hotel nie sebab…hurm…sebab…sebab deco tak lawa. Kahkahkahkahkah boleh?? Boleh lah kan, dah kitorang yang bayar. Imej penting beb!!

Ok so back to the future @ back to the story, aku pandang lah muka mamat nie. Selamba tapir jek aku sound ’sejak bila plak nie suami saya??’ Memang dasar hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!! Ada hati nak jadik laki aku. Cuba kalo ko hensem macam Chan Chee…oops, mana boleh nama penuh kan nanti blog aku kena terjah plak. Si budak Chan tuh instructor badminton kat sini nie, memang hensem. Ape benda aku merepek nie??

Ok so mangkuk tuh dengan selambanya nak ajak aku lunch. Aku dah nak jadik jin aprit dah nie. Yang aku harapkan lain, lain plak yang tergolek.

Actually mamat nie dah a few days been calling me, ajak keluar makan. Weh aku sungguh tak selera lah makan dengan dia nie tak kiralah makanan itu makanan paling mahal di seantero dunia pon. Sebab apa tau, sebabnya mangkuk nie perut jalan dulu baru nampak hidung. Memang sah-sah lah laki orang bapak budak doblas. Tapi ada hati nak ngencing aku. Bachelor katanya. Bachelor ke bacul-ler?? Ciss!!

Aku pon dengan muka masamnya sound lagik ‘tak kelakar okeh buat lawak mcm nie tengah hari buta’ dan blah. Serius, aku kalo tak suka, memang tak suka. Tak perlu buat muka meminta simpati. Camner lah hotel tuh leh amik orang muka mcm dia. Sungguh tak koser aku nak hadap sales exec cenggitu.

Aku duduk jek, tak henti-henti polan bin polan tuh tepon. Siap hantar sms lagik.

‘U, jgnlah sombong sgt. Niat I baik, nak belanja u makan je. Jom, lepas makan I hantar u balik k’.

Nie yang aku malas nie. Anak doblas ada hati nak I U I U. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! Hantar balik konon sesilap ko hantar aku ke pintu hotel tempat ko kerja. Kang bukan ko belanja aku makan, mungkin juga aku akan dimakan oleh engkau.

Aku buat bodo jek. Lantak ko ler labu. Sesungguhnya aku hanya menunggu laki aku jek. Selain dari itu, aku takmo. Melainkan yang itu adalah Takeshi Kaneshiro ataupon Wentworth Miller, memang aku layan. Bukan setakat layan, sanggup dimakan juga!!

 <—ini adalah sangat hot         <— ini jauh sekali dari hot!!

Lately memang aku feeling macam nak benti kerja. Bukan apa, dah lah bukak kedai kat Putrajaya kan then skang nie tengah kusut kapla hotak mana nak carik pekerja. First and foremost kan, nak sampai sini memang lah ada bas and all tapi yang aku pelik dengan anak-anak muda zaman skang is, derang takmo plak naik bas mai keje. Mintak dekat dengan LRT. Hoih!! Ko ingat bapak aku Menteri Pembangunan ke?? Kalo Menteri takpe gak, aku siap suruh bina LRT dari pintu rumah aku ke pintu ofis nie haa!!

Itu dah satu isu. Isu kedua, gaji. Honestly lah kan aku tak mampu bayar gaji memahal mcm kat Parkson ke Jusco ke G2000 ke sebabnya nie kedai baru. Nie anak sulung aku. Nie baby lah…boleh lah diibaratkan baby aku. Business prospects pon still unsure coz nie penempatan baru. So gaji haruslah berada di atas par yang logik. Working hours pon aku kasik cun punya!! Monday to Saturday, 10.00am to 6.00pm. Ok tak? Ok kan, kan kan? Ahad aku kasik cuti. Wehhhhhhhhhhhh mana ada dong kedai baju kasik ko cuti Ahad??? Aku kasik okeh sebab aku bos yang baik!

Reason being so also, I can work on Sundays so memang tak kesah and after work I will go to the kedai. Jadik staff boleh balik awal. Kedai bukak dari 10.30am ke 8.30am. Okeh kan?

Kalo ok kenapa susah sangat nak carik staffffffffffffffff?? Dah lah PJH pantek takmo kasik bubuh iklan jawatan yang tepek-tepek tuh. Takkan nak carik butik assistant pon aku kena buat fliers?? Sungguh tak masok akal.

I tengah budget nak bukak kedai on 25th Oct, tak pon 1st Nov. Wish me luck y’all!!

Oh berbalik pada topic asal. I nak benti kerja sebab I runsing. Sebab I nak jaga kedai I sendirik. Sebab I nak bangun kol 9 instead of kol 7. Weh 2 jam lebih untuk tido sungguh boleh buat I ceria the whole day ok.

I want out. I want out of this office lifestyle. Kabish.

Actually ramai jugak yang mencarik aku kan. Ke mana hilangnya, takkan dah tak blog dah. Ecehwah mencarik lah katanya. Bukan tak mo expose cuma agak kemalasan. Ko nak link aku, link lah. Tak mo pon takpo. Achik tak kesah dik non! Sebab kan I feel that I’m at a point in my life where there are many more other stuff to think about.

On another note, talking about pregnancy. I dah muak lah kena tanya soalan-soalan seperti berikut :

a. dah berisi ke?

b. dah pregnant ke?

c. apesal tak pregnant lagi, tengah tunggu apa?

d. you family planning ke?

e. bila parents you nak jadik grandparents?

f. you suka sangat ngan baby kan, you bila plak nak ada?

g. kengkawan you yang kawen semua dah ada baby kan, you tak teringin ke?

f. family ada masalah subur tak?

Wachaaaaaaaaaaaaa!! Soalan  last tuh memang menyentap jiwa lah. Memang adalah seperti hantu yang merasuk diri ku. Weh ko apehal plak kan tetiba nak tanya pasal family aku subur ke tak? Ohhhhhhhhhhhh so kalo takleh pregnant, slalunya salah pompuan ka?? Memang tak puas hati. Tapi tujuan hari nie adalah untuk membuat semua org paham.

Laki aku balik sekali sebulan, kadang-kadang sekali dalam 6 minggu. Ko ingat tiket Air Asia tuh nak murah time aku tengah ovulating ke?? Habis time laki aku balik kalo aku tengah takde telur mcm mana?? Takkan aku nak buat calendar plak time aku subur ke tak pastuh memantat time aku tengah subur?? Weh aku bengang ar cenggini kowang tau tak?? Sabarlah, aku kawen belom lagik setahun kan. Apehal plak ko yang sibok pasal aku yang pregnant atau tak huh??

Aku tengah sibok dengan benda lain, tengah sibok dengan laki aku, tengah sibok dengan kerja…dengan butik lagik…

So pape hal, lu cakap dengan gua punya laki k. Chow!!

Not many yang tahu I’m in the midst of opening my boutique. Well some tahu kot sebab kali nie I buat projek macam senyap-senyap jek dalam kelambu gitew. Reason being so, I takmo kira brape ekor ayam yang I ada sebelom itu telur semua menetas. Make sense tak? Alaaaa translation dari yang BInya version ‘don’t count your chicks before the eggs hatches’. Cenggitu lah kot.

*selingan jap* Lately I suka minum nescafe. Tataulah nape I rasa macam nescafe tuh sedap sangat. *selingan lagik* Apesal aku call laki aku dia tak angkat haa??

Ok back to the topik. Memang tak sangka ok proses untuk bukak butik nie merumitkan. Kita dengar org bukak itu ini mcm simple jek kan sedangkan kedai-kedai pesat tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tapikan, lemme tell you this lah from my point of view. It’s not as simple as it seems and sounds.

Terus-terang, modal yang ada and expected cukop memang tak cukop. Siapa nak sangka harga kayu/besi/cat/macam-macam dah naik gile-gile. We put up front cash RM*0,000.00 just to discover memang tak cukop. Itu baru renovation ok. Belom lagik signboard, belom lagik counter, belom lagik modal buat barang-barang, belom lagik all the other small stuff which I’m so particular about.

Memang mampos. Not as in mati but mampos lah semua mahal kan. Baju-baju all mostly from Taiwan and Hongkong but ada jugak yang disource locally. Repeat yer source locally but not made locally.

For the past whole month I’ve been running around here and there and everywhere searching for stuff and calling people to get quotations and sourcing for suppliers and comparing prices and checking out whats in and whats out. Memang penat.

Tapi yang paling memenatkan ialah PJC. Lemme tell you guys something…butik I nie tingkat 1 tau. So basically, it was built with no second exit meaning no bomba exit meaning no second escape route. Kowang paham kan? Tapi itu bukan masalah aku kan? Masalahnya ialah yang membina bangunan tuh semua ialah PJH jugak. Then yang takmo kasik lesen, PJC. I mean like what the fuck lah kan?? Ko yang bina, ko plak takmo kasik. Masa aku tepon bising-bising, derang kata owh 2 separate organisation. Satu PJH, satu PJC. Ewah ewah ewah kau pandainya!! Then aku tanya plak, apesal kasik title shop lot kalo takmo kasik sewa buat kedai tingkat 1, 2 & 3?? Then dia kata office je boleh sebab kalo kedai nak kena ada 2nd exit tuh. Simple jek aku tanya dia…office pakai robot ke????! Office pon orang jugak kan. Apesal plak office tak perlu ada 2nd exit? Ada fire mati gak orang. Bodoh sungguh. Nie yang buat aku menyinga nie.

Then adik ipar aku plak tanya soalan bijak ‘kak, kalo takde 2nd exit kan camna dia leh dapat CF?’. Kwang kwang kwang, bijak betoi adik ipar aku.

So soalannya sekarang ialah…tadak 2nd exit, camna leh dapat CF?? Office tak perlu ada fire escape route ke? Hish pelik lah… Ke aku yang tak paham konsep pemberian CF nie?

*pandang kiri, pandang kanan* Takkan nie pon kena guna kabel??!

When Tiffany first told me about this website, I was totally not believing a word she said. Ye lah, mana nak percaya kan if someone told you ‘ada website nie kasik beg cun percuma’. So I pon pergi lah jenguk-jenguk website tuh kan kat http://www.handbagplanet.com. Tiba-tiba memang betol lah!!

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Seronoknya haku!! Nak enter is so easy peasy, all you have to do is enter your first name, then email address then click enter. Lepas tuh automatically lah the bag you will win will be chosen for you. Kalo suka, continue, kalo tak you can simply pick the bag you like.

Seronokkkkkkkkknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kan!! You even get to pick the one you like if the one chosen is not to your liking.

So, sesiapa nak handbag free? Just go to http://www.handbagplanet.com and hurry!! There’s 6 days more to go. Yippie!!

Everyone has been asking me how was my Raya. For me, it was a special occassion with not much hassle. We had our Raya Open House on Saturday and I was trilled as many old college friends and colleagues turned up. Terharu sangat tau bila Mat-Mat Salleh bersusah payah gunakan GPS untuk mai ke rumah ghetto aku.

Serious and they have only been in Malaysia like for less than 3 months. So sweet kan! Then lepas semua my friends dah blah dengan perut kenyang penuh rendang tok mak aku, then came my in-laws. Yer kadang-kadang itu in-laws jugak dipanggil out-laws untuk suatu sebab yang tidak ku ketahui (ke aku tahu tapi wat-wat tatau?).

Lama lah jugak derang lepak rumah. Balik almost 1am. Bayangkan rumah sempit aku tuh penuh manusia, adalah dalam 30 orang. Pengsan mak!!

Semalam…my mom, Nas and me gie lah Mid Val. Hajatnya mahu beli kasut Hush Puppies untuk mami kan, then ter-end up buying 1 pair for Nas and 1 pair for me. Wah betol-betol sangatlah comfy okeh. Alasan mahu kasut Hush Puppies – sebab mengada-ngada nak kasut lagik nak carik stok, perlu berjalan byk kan jadik memang kena ada kasut yang stylo selesa!

Memang lawa, and kalo HSBC card holder kan, dapat 10% off. I saved up RM73.70 in total. Very berbaloi!!

Anyways mami memang deserve it coz she worked so very hard for the Open House and she’s been wanting a pair for so long~ Apalah salahnya kan, mak sendiri pon bukannya orang lain. God bless me, I bless others. Bukan cenggitu ke? *pandang Nas*

Actually tadik baru sudah lunch dengan Nas. He’s at the shop, tengan painting. Wah, gagah perkasa lah suami ku. Yippie!!! Apa motif menceritakan lelaki aku gagah perkasa pon aku tatau tapi kowang layan jugak kan? :P